PROGRAM TAHUNAN: MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH

  Program ini merupakan salah satu cara untuk menghargai dan meraikan murid yang berjaya  menyelesaikan bacaan al-Quran sepanjang enam tahun berada di sekolah ini. Ia memberi pengiktirafan kepada murid-murid atas usaha mereka menyertai program tadarus al-Quran.Program seumpama ini pastinya mampu mengeratkan hubungan antara ibubapa dengan ustaz ustazah dan dapat mentarbiyah warga sekolah untuk mencintai Kalam Allah ini.


🌸🌸🌸TENTATIF PROGRAM SECARA RINGKAS 🌸🌸🌸

Setiap tahun, sudah semestinya program seperti ini akan dijalankan. Warga pendidik dan murid bertungkus-lumus menyiapkan dewan dan pentas bersama-sama. Bersempena dengan majiis ini, ibu bapa dan penjaga serta guru menyiapkan bunga telur dan pulut kuning untuk diberikan kepada murid setelah selesai majlis ini.

Berikut adalah kenangan-kenangan yang sempat diambil sepanjang majlis berlangsung.

         

                                        Ibu bapa serta penjaga yang datang bagi memeriahkan majlis ini. 


Pengerusi majlis pada hari tersebut ialah Ustaz Mizi dan Tetamu Kehormat pula Encik Adnan dari PPD Maran.




MAJLIS BERLANGSUNG DENGAN KERJASAMA DARI SEMUA PIHAK. 

                             Murid tahun 6 yang mengambil bahagian dalam majlis khatam Al-Quran ini. 







Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Diharapkan semua yang terlibat berpuas hati dengan majlis yang dianjurkan. Pihak penganjur memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan. 

p/s: Gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang program juga diletakkan di sini. 

Selain daripada majlis khatam tersebut, terdapat juga sesi penyampaian hadiah kepada mereka yang berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran pada tahun itu. Sesi penyampaian hadiah diserikan dengan kehadiran Ustaz Felda (Ustaz Nasha). Semoga mereka yang berjaya tahun ini, dapat meneruskan kejayaan pada tahun berikutnya. Kepada yang belum berjaya, diharapkan dapat mencuba sebaik mungkin pada tahun hadapan. 😇😇😇😇








sebahagian ustazah yang sempat bergambar😄



Comments

Popular posts from this blog

SEKOLAH AGAMA RAKYAT (AL-FALAHIAH) JENGKA 21

MAJLIS KHATAM AL QURAN 2019